Saturday, January 4, 2020

DI SINI BERMULANYA PERJALANAN


Permulaan perjalanan mengorak langkah di awal Tahun 2020, berada di perantauan adalah merupakan tahun ke dua aku bergelar seorang perantau. Berbicara soal kehidupan serta perjalanannya, semuanya subjektif untuk dirungkai. Ini kerana hidup kita macam anak panah. Kita dah ada sasaran kita yang tepat-tepat sasarannya. Kita dah “aim” bagus-bagus sasaran itu, tetapi tatkala bila ditiup angin, anak panah itu menyimpang jauh dari sasarannya. Dalam erti kata lainnya, lain yang kita nak lain yang kita dapat..Suke ke…tak suke ke…terpaksa kita terima…itulah redha..bersyukur.

Perjalanan sebelum ini merupakan titik tolak kepada bagaimana untuk kita menjadikannya sebagai panduan dan pembelajaran untuk merubah masa mendatang. Kalau nak difikirkan ujian yang kita hadap serta kejayaan yang kita perolehi, semuanya bermula kepada usaha kita mencuba sesuatu. Ingatlah, orang yang tidak pernah melakukan kesalahan adalah orang yang tidak pernah mencuba sesuatu yang baru.

Makanya disini hendaklah kita fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan kita akan menjadi yang terhebat. Tetapkan minda pada hal tertinggi, dan kita akan mencapai yang tertinggi. Kalo kata kita gagal, gagal itu urusan nanti. Yang terpenting kita berani untuk mencuba. Kerana orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa ‘self-motivated’. Mereka tidak perlukan sokongan yang lain. Kalau ada pun sokongan kita dapat dari orang lain, itu adalah bonus dan kita patut bersyukur kalo ada. Tetapi kebanyakan orang kat luar sana tidak semuanya menyokong kita. Bila kita melakukan sesuatu yang berbeza atau sedikit perubahan, itu pun sudah cukup untuk menakutkan mereka. Mungkin keterbiasaannya telah selesa berada di ‘comfort zone’. Dalam erti kata berfikiran positif atau negatif, orang-orang di sekeliling akan menjadi penyumbang kepada orang-orang yang akan menyokong dan tidak menyokong kita.

Jadi kita haruslah menjadi kuat walaupun dalam keterpaksaan kerana hidup perlu diteruskan. Apapun usah khuatir, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kerana apa, bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Semua bergantung bagaimana kita memikirkannya.